Isnin, 25 Januari 2010
Terima Kasih
Terima kasih buat En. Azmi yang telah menaja makan tengah hari selepas mesyuarat JPM pada 25 Januari. Tak pernah rasa nasi beriani sesedap itu. Memang enak. Mungkin aura orang yang belanja. Moga murah rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan bahagia selalu hendaknya. Ada rezeki kongsi-kongsilah lagi...
Khamis, 14 Januari 2010
Selamat Hari Keputeraan
NAGARI NAN TUO
Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa. Adat Bersaudara, Saudara Dipertahankan, Adat Berkampung, Kampung Dipertahankan, Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan, Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.
Hari ini 14 Januari 2010 merupakan ulangtahun keputeraan pertama Tuanku Muhriz ibn al Marhum Tuanku Munawir sejak ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Pertabalan baginda telah berlangsung penuh istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pada 26 Oktober 2009. Istiadat pertabalan tersebut mengulangi sejarah lebih 40 tahun lalu iaitu upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Jaafar ibn alMarhum Tuanku Abdul Rahman.
Baginda Tuanku Muhriz telah diputerakan pada 14 Januari 1948 dan merupakan satu-satunya anak lelaki Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dengan Tuanku Durah Tuanku Besar Burhanuddin. Baginda telah diperkenalkan dengan YMM Tengku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dalam satu majlis keraian. Pertemuan manis ini dilanjutkan dengan ikatan pertunangan. Pada 25 April 1974, perkahwinan pasangan Di-Raja ini telah berlangsung di Istana Maziah, Kuala Terengganu dan Istiadat Bertandang diadakan di Istana Lama Seri Menanti dan Istana Munarah, Seremban.
Genap tiga tahun satu hari berkahwin, iaitu pada 26 April 1977, pasangan Di-Raja ini telah mendapat putera pertama mereka iaitu YAM Tunku Ali Redhauddin. Putera baginda yang kedua ialah YAM Tunku Zain Al-Abidin telah diputerakan pada 6 Julai 1982 dan putera baginda yang bongsu, YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 September 1984. Ketiga-tiga anakanda baginda diputerakan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Baginda sering meluangkan masa mengikuti program-program amal yang dikendalikan oleh persatuan-persatuan yang baginda anggotai seperti Inner Wheel of Kuala Lumpur. Baginda juga merupakan ahli Kuala Lumpur Speakers Club. Baginda sering mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan ke rumah anak yatim dan orang tua.
Dalam bidang lain, baginda pernah ke Amerika Syarikat untuk mengikuti dan mendalami kursus penjagaan kanak-kanak istimewa, khususnya dalam bidang perkembangan minda kanak-kanak yang dianjurkan oleh 'Institute For The Achievement of Human Potential', Philadelphia, Pennsylvania. Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini, baginda sering memberi nasihat dan tunjuk ajar serta pertolongan kepada mereka yang memerlukan.
Baginda juga meminati kesenian tangan seperti jahitan 'crochet', 'procelain' dan 'ceramic paintings'. Baginda pernah menghasilkan beberapa karya dan kerja tangan untuk kegunaan sendiri dan juga untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan baginda. Baginda juga amat minat memelihara kucing.
Berikutan permasyhuran DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Dato' Penghulu-Penghulu Luak Tanah Mengandong telah bermuafakat dan berkebulatan mencalonkan YMM Tengku Aishah Rohani binti Al-MArhum Tengku Besar Mahmud sebagai DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Melalui sepucuk surat persetujuan yang telah ditandantangani bersama oleh Dato' Penghulu Luak Tanah Mengandong ini, DYMM Tuanku Muhriz telah berkenan dan menetapkan tarikh 14 April 2009 sebagai hari Istiadat Pelantikan dan Pertabalan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti

Sumber : Buku Aturcara Istiadat Pelantikan dan Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE-62
DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 2010
SEMOGA YANG DI-PERTUAN DICUCURI RAHMAT DARI ILAHI...
Rabu, 13 Januari 2010
Azam itu Bersendi Akal berpangkal Agama
2010 telah 15 hari melabuhkan tirainya. Terlalu cepat masa berlalu. Ini bermakna telah 15 hari saya berada di Jabatan Pengajian Melayu yang penuh ceria, pasti duka terubat dengan gurau senda, usik mengusik taulan JPM. Untuk mempersiapkan diri ke arah azam tahun baru seharusnya diberikan perhatian kepada pembangunan "Minda Kelas Pertama". Walaupun suaranya telah lama, namun misinya belum direalisasikan ke tahap optimum. Pembangunan modal insan bermutu tinggi merupakan keperluan yang dahulunya mungkin hanya dianggap sebagai suatu kemewahan terutama dalam bidang pendidikan hari ini.
Saya berharap dapat bersama-sama sahabat JPM mengatur strategi ke arah penguasaan ilmu pengetahuan, mempersiapkan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran. Budaya membaca, sumbangan ilmu, teknologi maklumat dan prointelektual merupakan budaya yang sangat menyumbang ke arah strategi ini. Saya tertarik dengan kata-kata seorang penceramah ketika menghadiri kursus kecemerlangan diri tahun lepas yang antara lain katanya,
Orang yang berfikiran besar, akan bercakap tentang ilmu
Orang yang berfikiran sederhana, akan bercakap tentang peristiwa
Orang yang berfikiran rendah, akan bercakap tentang orang lain
Orang yang berfikiran cetek, akan bercakap tentang diri sendiri.
Saya bangga kini berada bersama-sama sahabat di JPM kerana dengan kesungguhan pensyarah-pensyarahnya yang diterajui oleh Ketua Jabatan Puan Hjh Amanah bt Mohd Noor dan Ketua Unit, Dr. Khairuddin b. Mohammad telah meletakkan JPM di barisan hadapan. Sekalung TAHNIAH buat kalian.
Apapun, saya berpandangan "Minda Kelas Pertama" perlu digilap dengan asas ke Islaman yang menggalakkan peningkatan terhadap kemajuan dan pembangunan untuk meneruskan kualiti hidup. Saya dapat rasakan budi bahasa, hidup dan hangat dengan nilai murni dalam perhubungan harian di JPM. Namun, tidak dinamakan kehidupan, jika tidak ada kekusutan, tidak dinamakan kematangan, jika tidak ada kekalutan, bulat air kerna pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Justeru, yang dikata benar itulah yang diperbuat dan taqwa itu tetap setia memandu pena menyurat.
Akhir kalam, untuk melarik minda kelas pertama, sama-samalah kita membina tamadun ilmu yang unggul. Berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang mempunyai segala formula terbaik ummah minda kelas pertama. Pastinya......
Hidup dikandung tanah
yang nyata binatang tahan palu
manusia tahan kias
walau ada kilat dalam kilau
bukanlah ibarat bergantung tidak bertali
bersalai tiada berapi
belum duduk sudah berlunjur
air dicincang takkan putus
ikhtiar menjalani, untung menyudahi.
nak ke mana gunung disasar
hilang kabut nampaklah ia....

Langgan:
Catatan (Atom)